Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

4/23/2009

Matrikulasi Gopeng

salam.. aku nk kongsi sket..

*--sumber dari Matrik Gopeng

PENDAFTARAN PELAJAR BARU

MAKLUMAT TERKINI UNTUK HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2009/2010

tahniah kepada para pelajar yang akan mendaftar di Kolej Matrikulasi Perak pada 11 Mei 2009. Terdapat dua sesi pendaftaran iaitu 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 5.00 petang. Saudara/saudari akan ditempatkan di 5 kolej kediaman :

Kolej Kediaman Seri Teja
Kolej Kediaman Seri Intan
Kolej Kediaman Seri Kerian
Kolej Kediaman Seri Iskandar
Kolej Kediaman Seri Ipoh

Dua sesi taklimat Pengarah bersama waris akan diadakan di Dewan Seri Kinta pada jam 10.00 pagi dan 3.00 petang.

YURAN PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN
JURUSAN YURAN
Sains 220.00
Perakaunan 212.00


+ pautan matrikulasi yg lain....